Hibah Takaful vs Saham Akhirat

Kali pertama melihat masjid ini, hati ambo rasa sangat tertarik dengan kecantikan tona warnanya.
Jarak rumah ambo hanyalah 5km dari masjid ini.
Ambo tertanya2, siapakah yang membina masjid secantik ini.
Adakah ia dari sumbangan orang ramai?
Akhirnya, ada kawan yang menceritakan bahawa masjid ini telah dibina oleh seorang Ayah sebagai tanda kasih sayang untuk arwah anak perempuannya yang telah meninggalkan dunia pada usia belasan tahun 😭.
Antara perkara yang menyentuh hati ambo ialah, masjid ini telah dibina hasil daripada wang pampasan hibah takaful yang telah diterima oleh ayah arwah 😍.
.
.
Inilah bukti kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.
Semasa hidup, dilindungi anaknya dengan takaful, selepas meninggal.. diwakafkan pula sebuah masjid untuk arwah.
Dengan terbinanya masjid ini, sudah pasti jaminan pahala berterusan mengalir kepada arwah.
Masjid ini diberi nama sempena nama arwah iaitu MASJID IKTIKAF “AS-SOFEA”.
Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh.
.
.
Lokasi:
Kampung Geting
Tumpat,Kelantan
.
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp