Kisah 2017......

Ambo kongsikan kembali kisah yang berlaku pada tahun 2017 lalu, mungkin kisah ini agak panjang.. tapi percayalah, ia akan memberi pengajaran.
Seorang isteri whatapp ambo dan minta nasihat untuk beliau dapatkan hak2 duit KWSP arwah suami dari mertua.
.
.
Hati cukup geram dan sedih bila baca whatapp ini. Sudah berbulan akak ni mengadu tentang hak dia dan anak-anak yang dinafikan.
Semasa hidup, arwah suami telah meletakkan PENAMA bagi wang KWSP keatas nama ibunya. Takaful pula telah dihibahkan kepadanya
Selepas arwah meninggal, isteri telah mendapat wang pampasan takaful yang dihibahkan kepadanya saja, lebih kurang RM40,000.
Ibu mertua pula mendapat semua wang KWSP arwah yang dinamakan ke atasnya sebagai PENAMA, jumlahnya lebih kurang RM120,000.
Sekali lagi saya ulang..PENAMA!!
Yelah, sebab lepas kahwin arwah suami tak sempat tukar penama tersebut kepada isteri, tiba2 meninggal mengejut.
Maka selepas itu, bermulalah drama.
Setelah sekian lama, tiada berita tentang pembahagian wang KWSP tersebut.
Isteri cuba bertanya dan berbincang dengan ibu mertua untuk agihkan secara faraid, sebab ada hutang-hutang arwah yang perlu dibayar dan juga hak anak-anak yang perlu di bahagikan.
Tapi, cadangan itu dibangkang oleh mertua.
Katanya, duit itu semuanya hak mereka 😱
Maka, si isteri balik dengan kecewa. Terpaksalah beliau menggunakan duit hibah takaful untuk membayar semua hutang arwah suami.
Beberapa bulan berlalu, setelah bertanyakan pendapat dan pandangan para ustaz.. si isteri membuat cubaan kali kedua dengan harapan supaya wang KWSP arwah suami di bahagikan secara faraid.
Maka setelah berjumpa, diceritakan tentang hukum dan apa yang ustaz cakap tentang penama ini, mertua hanya pemegang amanah, bukan pemilik wang tersebut.
Bapa mertua pun berkata
“Bagitau je ust tu (ambo la), semua harta dah difaraidkan..kan senang cerita”.
Cubaan kali kedua pun tidak berjaya.
Si isteri sudah tidak tahu kepada siapa hendak mengadu. Menangislah ia dalam sendu 😭
.
.
Ambo bila ingatkan balik kisah ini, rasa nak menitik air mata.. sedih sangat, kerana ia berlaku kepada orang ambo kenal.
Mungkin kerana tiada ilmu dan iman, maka hak2 menantu dan cucu2 dinafi.
Tapi tak semua mertua macam ni, ada mertua yang baik2 sebenarnya.
Cuma kadang2 bila dapat duit banyak, keimanan diuji dan syaitan akan menghasut.
.
.
Ini juga menjadi sebab, kenapa ambo banyak share berkenaan dengan plan hibah berbanding medical card.
Ambo boleh rasakan bagaimana susahnya isteri nak hadapi cabaran ini sendirian, lagi lah susah jika isteri tidak bekerja.
Ambo ucapkan jutaan terima kasih kepada para suami yang telah sediakan plan hibah, insyaallah ia akan membantu waris kalian.
*Ambo izinkan sahabat2 share kisah ini.
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp